Monday, November 28, 2011

Shabery Makaf investigate the issue of judicial bias




PUTRAJAYA – Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) diarah menyiasat kenyataan ketua jurulatih P. Arivalagan yang mendakwa pegawai Malaysia terbabit dalam isu pengadilan berat sebelah pada Sukan SEA ke-26 sehingga skuad kumite wanita kalah 1-2 kepada Indonesia di final semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jika dakwaan itu benar, pegawai Malaysia berkenaan boleh dianggap membelot pasukan negara dan ini perbuatan yang amat memalukan.

Beliau juga meminta Persekutuan Sukan SEA supaya turut mengkaji mutu pengadilan acara dalam temasya itu yang sedang berlangsung di Jakarta dan Palembang.

"Persekutuan Sukan SEA perlu melihat perkara ini kerana ia boleh menjejaskan ketelusan dalam mutu pengadilan sukan,” katanya pada sidang media Kejohanan Futsal 1Malaysia (F1M) di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Arivalagan mendakwa ada pegawai Malaysia yang sengaja merancang dan menetapkan pemberian pingat emas sehingga membolehkan Indonesia membolot 10 daripada 16 emas yang dipertandingkan dalam acara karate pada temasya dwitahunan itu.

Arivalagan, yang membimbing skuad negara 2004, turut mendakwa perkara itu didalangi pegawai dari Malaysia bagi memastikan dirinya disingkirkan daripada tugasnya

No comments:

Post a Comment